ARAS TAKSONOMI BLOOM

                                                                                                                                                               


Aras Item Soalan
Item Aras Pengetahuan
          Item atau soalan yg menguji kebolehan calon utk mengingat kembali fakta-fakta spesifik, istilah, kaedah atau prosedur, konsep asas dan prinsip

Item Aras Kefahaman
          Item yang menguji kebolehan calon untuk memahami, menterjemah dan menginterpretasi fakta, konsep atau prinsip.

Item Aras Aplikasi
          Item ini menguji kebolehan calon menggunakan konsep, prinsip, hukum atau fakta asas.

Item Aras Analisis
          Item ini menguji kebolehan calon untuk mencerakinkan idea-idea besar kepada bahagian-bahagian kecil, membuat perbandingan dan menghuraikan perhubungan.

Item Aras Sintesis
          Item ini menguji kebolehan calon untuk menggabungkan idea-idea kecil, mentafsir dan membuat suatu rumusan.

Item Aras Penilaian
            Item ini menguji kebolehan calon untuk membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah. 


No comments:

Post a Comment

Post a Comment