Saturday, 1 December 2012

PEMANTAUAN TANDAS BERSIH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2012

Assalamualaikum..
Saya merupakan salah seorang ahli jawatankuasa pelaksana Pertandingan Tandas Bersih dan alhamdulillah SK Seri Manjung telah berjaya mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan.Gambar ini adalah sekitar pemantauan yang telah dijalankan terhadap semua tandas di sekolah termasuk tandas pra sekolah,tandas guru lelaki,perempuan dan tandas murid lelaki dan perempuan.Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Cikgu ni bagi kerja apa pun semua boleh buat..itulah keistimewaan guru..maka saya sangat2 berbangga bergelar seorang guru@pendidik.......
tekun mendengar taklimat

AJK Pelaksana

GB bersama pemantau

tandas pra sekolah

tandas guru lelaki

tandas guru perempuan

tandas murid lelaki

yessss...tahniah untuk semua!!!

Sekitar Sambutan Hari Guru 2012

Gambar-gambar ini diambil ketika sambutan Hari Guru Peringkat sekolah 2012 di SK.Seri Manjung,Perak.




Wednesday, 31 October 2012


 Kata adjektif ukuran 
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan 
yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: 
tebal, gemuk, panjang, nipis, pendek, kurus, tinggi, rendah, 
dan kecil.
Contoh ayat:  Buku  tebal itu sudah saya baca.

 Kata adjektif bentuk 
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan 
yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: 
lurus, bulat, bujur, bengkok, leper, bundar, lonjong,  buncit, dan 
tajam.
Contoh ayat:  Jalan lurus mudah dilalui.

Jenis Kata Adjektif

.


 
 Kata adjektif sifat / keadaan 
ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau 
keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, 
seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: 
kuat, pintar, nakal, keras, lemah, sihat, bijak, cergas, dan jahat.
Contoh ayat:  Budak nakal selalu kena marah.

 Kata adjektif warna 
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan 
yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: 
jingga, perang, hitam, putih, biru, dan kelabu.  
Contoh ayat:  Adik suka pakai baju hijau.

Monday, 8 October 2012

Kata-Kata Semangat


Dozen Roses Maker

Nota Kata Adjektif


Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit serta sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.

1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.

2. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat. Contohnya: sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.